Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Monday, May 23, 2011

Peranan Islam Dalam Pembentukan Budaya Terengganu

Pada hakikatnya ciri utama pemikiran tauhid tradisional di Nusantara khususnya di Semenanjung Tanah Melayu adalah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Dari sudut sejarah Islam Terengganu, mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menjadi pegangan utama di kalangan ulama-ulama tersohor dan masyarakat tempatan Terengganu Darul Iman.

Terengganu sejak dari awal lagi telah menerima pengaruh Islam dari Champa, Khmer, China, India malahan dari Arab secara terus. Namun, dari sudut bukti fizikal, pengaruh Arablah yang paling menonjol kerana terdapat bukti-bukti kukuh yang kekal hingga hari ini. 

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik.

Semoga keredhaan Allah Taala bersama mereka yang ikhlas menyebarkan ilmu demi faedah hidup.

Wednesday, May 11, 2011

Pencemaran Udara Bukit Bauk - Kemasik, Fakta Atau Mitos?

Umum mengetahui kawasan antara Paka, Dungun hingga ke Chukai, Kemaman adalah kawasan pembangunan industri petroleum di Terengganu. Merentang di antara Paka ke Kerteh merupakan kawasan Industri Petroleum Petronas dengan pusat pembangunan industri petroleum dan tenaga Malaysia tertumpu di kawasan berkenaan.

Kompleks Industri Petroleum Petronas Paka - Kerteh

Tuesday, May 10, 2011

Jalan Sehala Sultan Zainal Abidin, Kemudahan Atau Kesulitan?

Pada 9 Mei 2011, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah melaksanakan sistem jalan sehala dari persimpangan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZAL) hingga ke persimpangan Balai Bomba Jalan Kota. Sistem berkenaan telah diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Namun, beberapa pendapat telah mengutarakan bahawa sistem ini adalah satu lagi kegagalan dalam perancangan bandar.

Monday, May 9, 2011

Pakaian Syuhrah

Kebanyakan wanita muslim yang menutup aurat pada masa kini telah menyesuaikan diri antara keperluan dan kewajiban menutup aurat dengan fesyen terkini, yang mana menghasilkan perbagai jenis dan rekabentuk hijab, pakaian, niqab dan jubah serta pelbagai gabungan pakaian yang mana telah menjadi ikutan masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...