Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Thursday, June 23, 2011

Mencapai Cinta Hakiki


Dalam pengkajian Ilmu Tasawuf, konsep 'Hubb' atau 'Cinta' merupakan konsep yang penting dan utama. Ini kerana usaha ahli Sufi dalam membersihkan diri mereka adalah kerana kecintaan kepada Allah Taala dan kerinduan mereka untuk menemuinya.


Cinta terhadap Allah Taala bukanlah sebarangan cinta. Ia adalah cinta yang paling tinggi, cinta atas segala cinta, fitrah cinta yang paling suci dan abadi. Mereka yang menyuburkan rasa cinta hakiki ini akan melakukan segala-galanya bagi memastikan cinta ini subur, dan berpokok teguh di dalam hati. Mereka akan mencintai apa sahaja yang dicintai oleh Allah Taala dan membenci apa yang dibenci-Nya. Dan cinta ini adalah sebenar-benar cinta kerana tidak pernah puas mencintai dan merindui-Nya dan melakukan segala perintah-Nya demi mendapatkan keredhaan-Nya.

Cinta terhadap Allah Taala hanya boleh dicapai dan dikecapi melalui iman, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 165:


Untuk mencapai cinta kepada Allah Taala, bukanlah mudah. Banyak rintangan dan cabaran harus dilalui, Namun sedikit sahaja rintangan dihuraikan di bawah untuk panduan kita bersama dalam menempuh cabaran ke arah mencapai cinta hakiki. Antara rintangan berkenaan adalah:


  1. Lebih Mencintai Perhiasan Dunia.
  2. (Surah Ali-Imran, Ayat 14)
  3. Cinta kepada harta dan mengutamakan keduniaan dan melalaikan akhirat
  4. (Surah Ibrahim, Ayat 3)
  5. Mempersekutukan Allah Taala. Manusia yang mengambil selain dari Allah Taala untuk dijadikan sekutu menipiskan dan melenyapkan cinta kepada Allah dan mengundang kemurkaan-Nya sedangkan itulah perkara yang perlu dihindar dalam mencapai cinta hakiki.
Sesungguhnya cinta manusia kepada Allah akan memberikan kesan kepada manusia itu sendiri. Dari segi akhlaknya, dengan cinta kepada Allah itu, maka manusia akan berusaha menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat dan buruk serta mengutamakan yang baik sebagaimana firman-Nya:

(Surah Ali-Imran, Ayat 31-32)

Kecintaan Allah kepada hamba-Nya mendekatkan hamba itu kepada-Nya dengan menyingkapkan segala gangguan dan dosa dirinya. Kemudian, mengangkat hijab dari hatinya sehingga ia dapat menatap Allah Taala sepertimana ia menatap dengan mata hatinya sendiri. Adapun kecintaan hamba kepada Allah Taala pula, kecenderungan hati untuk mencapai kesempurnaan yang belum ada pada diri hamba itu. Ia amat merindukan barang yang belum didapatinya dan apabila ia mendapatnya walaupun sedikit, ia akan merasa amat senang.

Wallahu Alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...