Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m
Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Tiga Posisi Utama Solat (Siri 7/7)

Tuesday, August 2, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Duduk Antara Dua Sujud (Siri 6/7)


Hikmah Ibadat Solat - Sujud (Siri 5/7)


Dianjurkan agar yang pertama menyentuh tanah ketika menghampiri sujud ialah lutut, diikuti dengan telapak tangan dan selepas itu wajah, yakni dahi dan hidung diletakkan di atas tanah dengan mantap.

Monday, July 25, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Iktidal (Siri 4/7)


Setelah rukuk, bangun dari rukuk dengan membaca tasbih. Hendaklah melakukan iktidal dengan thuma'ninah dengan tidak mengangkat pandangan mata melebihi dari paras sujud.

Monday, July 11, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Rukuk (Siri 3/7)


Setelah Qiyam, posisi seterusnya adalah rukuk. Lakukanlah rukuk dengan mengambil kira kepada perkara-perkara di bawah ni:

Thursday, July 7, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Qiyam (Siri 2/7)


Setelah Niat dan Takbiratul Ihram, maka posisi yang dilakukan dalam solat adalah Qiyam. Ucapan dan lafaz pada posisi ini adalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah-surah lazim yang lain.

Tuesday, July 5, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Niat Dan Takbiratul Ihram (Siri 1/7)


Perkataan Solat dalam Bahasa Arab membawa erti doa, permohonan untuk pengampunan serta belas kasihan. Amalan ini merupakan amalan khusus, unik dan tiang utama bagi umat Islam. Solat merupakan satu jalan dalam menuju ke arah menghampiri Tuhan. Solat juga merupakan perjanjian bagi penjagaan hamba, satu hubungan rahsia diantara hamba dan Pencipta.

Friday, July 1, 2011

Memberi Salam Dan Ganjarannya




Setiap muslim itu bersaudara, maka umat Islam telah membentuk keluarga yang terbesar di dunia. Bahkan mengucapkan salam sesama umat Islam telah dituntut sebagai salah satu ibadah dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Dan membina persekitaran yang sihat dan positif dengan mendoakan kesejahteraan dan keamanan saudara-saudara kita.

Tuesday, June 28, 2011

Kisah Bumi Dan Langit


Adapun sebab terjadinya peristiwa Isra dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah Taala telah menghiaskan aku dengan berbagai negara, beberapa laut, sungai-sungai dan gunung-ganang serta lain-lainnya".

Friday, June 24, 2011

Revolusi Arab | الثورات العربية

Thursday, June 23, 2011

Mencapai Cinta Hakiki


Dalam pengkajian Ilmu Tasawuf, konsep 'Hubb' atau 'Cinta' merupakan konsep yang penting dan utama. Ini kerana usaha ahli Sufi dalam membersihkan diri mereka adalah kerana kecintaan kepada Allah Taala dan kerinduan mereka untuk menemuinya.

Wednesday, May 11, 2011

Pencemaran Udara Bukit Bauk - Kemasik, Fakta Atau Mitos?

Umum mengetahui kawasan antara Paka, Dungun hingga ke Chukai, Kemaman adalah kawasan pembangunan industri petroleum di Terengganu. Merentang di antara Paka ke Kerteh merupakan kawasan Industri Petroleum Petronas dengan pusat pembangunan industri petroleum dan tenaga Malaysia tertumpu di kawasan berkenaan.

Kompleks Industri Petroleum Petronas Paka - Kerteh

Friday, February 11, 2011

Bidong, Pulau Yang Ternoda

Lokasi Pulau Bidong di Gugusan Kepulauan Terengganu

Pulau Bidong merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Negeri Terengganu Darul Iman, berjiran dengan Pulau Redang di sebelah selatan. Namun, berbeza dengan Pulau Redang, Pulau Bidong merupakan pulau yang ternoda, sepi dan sunyi, hancur berkecai setelah dihancurkan dan diratah oleh Orang Hanyut Vietnam dari Mei 1975 hingga November 1991. Kini, tatkala Pulau Redang rancak dengan pembangunan dan menjadi tumpuan dunia, Pulau Bidong menyepi dan tersisih.

Sunday, January 23, 2011

Surah Pendek Dan Khasiatnya

Muqaddimah

Setiap warga Muslim sememangnya arif mengenai doa dan kepentingannya. Doa juga merupakan satu wadah pengaduan kita kepada pencipta, Allah SWT. Doa juga adalah satu dialog tulus dari hati, merendah diri serta satu fitrah manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya. Doa juga merupakan satu senjata bagi diri supaya dapat menghindarkan musibah atau supaya dapat melalui dugaan dengan hati yang tenang dan redha terhadap kehendak dan takdir Allah Taala.

Firman Allah Taala:

Monday, January 10, 2011

Antara Zikrullah Dan Nasyid

Diantara ciri-ciri berimannya seseorang itu ialah tenang hatinya dengan mengingati Allah. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Sunday, January 9, 2011

Ragam Bahasa Di Hulu Terengganu


Seperti kebanyakan daerah di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, keadaan linguistik di Hulu Terengganu jarang diselidiki. Meskipun daerah ini sudah lama didiami oleh orang Melayu, boleh dikatakan ragam bahasanya diabaikan oleh sarjana linguistik. Pengabaian ini cukup menghairankan seandainya kita memandang status Hulu Terengganu sebagai pusat budaya dan agama pada masa lampau.

Tuesday, August 10, 2010

Syahadah | شهادة

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لانبي بعد

Adapun, Fardhu Syahadah itu dua perkara:
  1. Ikrarkan dengan lidah.
  2. Tashdiq dengan hati.

Wednesday, February 3, 2010

Ba' Yor, Cicit Tok Limbong

(Ba' Yor. Sumber:: Majalah Khazanah Hikmah)


Nama penuh beliau adalah Muhamad Ghazali Bin Abdullah. Dikenali sebagai Ba' Yor, merupakan cicit kepada Tok Limbong. Lahir pada 30 Mac 1953. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 beradik hasil perkahwinan Che Lah dengan ibu beliau Mek @ Maznah Binti Abdul Rahman.

Beliau berkahwin dengan Che Wan Sabariah Binti Che Wan Long dan dikurniakan 9 orang anak, 3 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Beliau merupakan Imam Burdah Terengganu pada masa kini. Anak-anak beliau adalah Nurul Fatihah, Nurul Farhana, Muzahara Al-Ahmadi, Maisarah, Muhamad Zhafir, Fatimah Zakirah (meninggal dunia pada umur 7 bulan), Abdullah Dahlawi dan Fatimah Mardhiah.

Selain memimpin Burdah di Pulau Bahagia pada pagi Jumaat dan Ratib Haddad malam sebelumnya di surau ayah beliau di Pulau Musang, beliau juga mewarisi ilmu perubatan dan membuat ubatan tradisional, mengesan penyakit melalui nadi dan ilmu persilatan yang diwarisi dari ayah beliau.

Wallahu Alam......


*Makluman:: Info yang dipaparkan diambil dari majalah terbitan Khazanah Hikmah, terbitan Khazanah Ilmu Darul Iman, keluaran Febuari 2006, Keluaran Kedua.

Kisah Che Lah, Cucu Tok Limbong

Nama penuh beliau adalah Abdullah Bin Mohd Salleh. Beliau juga digelar dengan nama Che Lah Keramat. Dilahirkan pada 26 Disember 1924 di Kuala Terengganu dan meninggal dunia pada 10 Julai 2003.

Antara kelebihan beliau yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah kadang-kadang apa yang disebut beliau akan berlaku. Pernah berlaku ada orang yang menghina beliau seperti anjing yang menyalak. Tiba-tiba orang itu merangkak dan menyalak seperti anjing. Pernah juga ada orang yang mencucuk mata lembu Che Lah. Setelah berita berkenaan sampai ke telinga beliau, beliau berkata "cucuk mata dia baru tau...". Tidak lama kemudian, semasa orang berkenaan menebas pokok, matanya tercucuk ranting kayu dan dia menjadi buta.

Che Lah juga handal membuat ubat akar kayu dan minyak ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Beliau juga mahir mengesan penyakit melalui nadi, mahir dalam persilatan dan bisa tangan.

Beliau menerima amalan Burdah (iaitu syair memuji Rasulullah SAW) secara rohani daripada Tok Limbong (Haji Abdul Rahman Limbong) melalui mimpi, ketika tidur di dalam surau Tok Limbong di Kg Jenguk Tong, Beladau Kolam, K.Terengganu.

Wallahu Alam....

*Makluman:: Info yang dipaparkan diambil dari majalah terbitan Khazanah Hikmah, terbitan Khazanah Ilmu Darul Iman, keluaran Febuari 2006, Keluaran Kedua.

Kisah Che Leh Keramat, Anak Tok Limbong

(Che Leh Keramat. Sumber:: Majalah Khazanah Hikmah)


Nama penuh Che Leh Keramat adalah Mohd Salleh Bin Haji Abdul Rahman. Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui, namun beliau meninggal dunia pada tahun 1962 dalam usia 72 tahun. Beliau merupakan anak kepada Tok Limbong (Haji Abdul Rahman Limbong) dan merupakan pengasas tapak Burdoh (iaitu amalan syair memuji Rasulullah SAW) di Kampung Pulau Bahagia. Beliau juga memimpin Tareqat Naqsyabandi yang diambil bai'ah dari Tok Ku Paloh. Yang menerima amalan ini bersama dengan Che Leh Keramat adalah seramai 7 orang, 5 daripadanya dari Pahang, 1 dari Kedah dan 1 dari Terengganu. Beliau seorang yang gemar berkhalwat, malah sebuah bangsal didirikan di tepi rumahnya bagi memudahkan beliau berkhalwat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...