Sudah lama rasanya tidak mengemaskini blog ini, agak berhabuk nampaknya. Namun, Alhamdulillah, dengan peluang masa yang ada ini, Insya Allah kita manafaatkan bersama dalam penyebaran ilmu dan maklumat kehidupan di samping bersama-sama menilai diri sendiri, mencari kekurangan yang ada dan memaknai usia kita.
Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh
Kempen Sosial A3manulna3m
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Thursday, November 17, 2011
Menghapuskan Ketaksuban Wilayah - Sukar Tapi Tidak Mustahil
Monday, August 22, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-54
Sunday, July 17, 2011
Nisfu Syaaban dalam masyarakat Terengganu
Sudah lama rasanya tidak menerangkan tentang cara hidup masyarakat tradisional negeri Terengganu Darul Iman. Sempena dengan Nisfu Syaaban, maka artikel ini akan menyingkap kembali cara hidup masyarakat Terengganu ketika menjelangnya Nisfu Syaaban.
Friday, July 1, 2011
Memberi Salam Dan Ganjarannya
Setiap muslim itu bersaudara, maka umat Islam telah membentuk keluarga yang terbesar di dunia. Bahkan mengucapkan salam sesama umat Islam telah dituntut sebagai salah satu ibadah dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Dan membina persekitaran yang sihat dan positif dengan mendoakan kesejahteraan dan keamanan saudara-saudara kita.
Friday, June 24, 2011
Thursday, June 16, 2011
Mencipta Identiti Terengganu, Mendefinisikan Negeri Seringkasnya
Setiap bahagian negeri, wilayah mahupun daerah malahan sehingga kepada kampung-kampung mempunyai tatacara susunan sosial dan ekonomi yang tersendiri. Bahkan, ada diantara kawasan-kawasan ini mempunyai perbezaan yang ketara. Di dalam konteks negeri Terengganu, setiap daerah mempunyai identiti tersendiri yang mana menyebabkan keperluan penjelmaan identiti umum bagi negeri Terengganu secara keseluruhannya.
Monday, May 9, 2011
Pakaian Syuhrah
Kebanyakan wanita muslim yang menutup aurat pada masa kini telah menyesuaikan diri antara keperluan dan kewajiban menutup aurat dengan fesyen terkini, yang mana menghasilkan perbagai jenis dan rekabentuk hijab, pakaian, niqab dan jubah serta pelbagai gabungan pakaian yang mana telah menjadi ikutan masyarakat.
Wednesday, April 20, 2011
"Kuala Terengganu Bypass" - Penyelesaian radikal kepada sistem trafik.
Umum mengetahui bahawa Kuala Terengganu yang kini dikenali sebagai sebuah bandaraya telah mengalami beberapa perubahan mendadak seperti proses pengindahan kawasan awam, penyusutan perkampungan tradisional, pertambahan kawasan perniagaan dan juga pertambahan perumahan terancang. Namun, satu perkara yang semakin bertambah meruncing dan kritikal iaitu sistem aliran trafik.
Thursday, March 10, 2011
Pembangunan Tamadun Dari Cetusan Syiar Islam
Kepulauan Melayu telah menerima syiar Islam dengan cara yang unik berbanding wilayah-wilayah lain di dunia, tiada perpindahan beramai-ramai mahupun perperangan pembukaan wilayah yang dilancarkan dalam menyebarkan agama Allah Taala ini. Bahkan para orientalis masih lagi mempunyai pelbagai andaian dan teori yang radikal dan kadangkala tidak masuk akal dalam menjelmakan penerimaan Islam secara aman, meluas dan menyeluruh dalam masa yang singkat.
Wednesday, February 23, 2011
Masjid, Penanda Aras Sempadan Masyarakat Melayu Terengganu
Sejak zaman-berzaman, seiring dengan kebangkitan tamadun Melayu Terengganu setelah menerima cahaya Islam dari pendakwah dan para pedagang, masjid menjadi pusat tumpuan aktiviti agama dan masyarakat setempat dan memainkan fungsi sebagai pusat pentadbiran.
Dengan perkembangan masyarakat, fungsi masjid secara beransur-ansur mula mengambil alih fungsi politik dan pensempadanan masyarakat dari kampung yang berbeza. Maka, sempadan kampung atau daerah dibahagikan dengan pengaruh masjid terhadap masyarakat sekitarnya. Ini bermakna, sekiranya penduduk di sesebuah rumah itu hadir ke masjid terdekat dan menjadi ahli jemaah, maka rumah penduduk berkenaan akan dianggap sebagai kawasan pengaruh masjid dan kampung berkenaan di mana masjid tersebut menjadi masjid utama.
Thursday, January 6, 2011
Apabila Hati Bertelanjang, Jasad Turut Bertelanjang
Assalamualaikum, sudah lama kiranya saya tidak menulis mengenai apa-apa. Namun, kini saya ingin berkongsi mengenai satu blog yang dikongsi dari seorang sahabat yang mahukan perkara ini diambil perhatian.
Dalam perkembangan teknologi dunia, semakin lama, manusia semakin tergelincir dari landasan fitrah yang telah menjadi sempadan moral manusia. Apabila hati kita semakin bertelanjang dari pakaian malu, maka jasad dan tingkah laku kita turut bertelanjang. Maka, ingin saya kongsikan bersama dua perkara memalukan yang ditemui di dalam internet.
Tuesday, August 10, 2010
Selamat mengerjakan Ibadah Puasa
Monday, April 26, 2010
Kuala Terengganu, Pusat Ekonomi Tradisional
Umum mengetahui peranan Kuala Terengganu sebagai pusat pentadbiran negeri dan pusat ekonomi tradisional walaupun Chukai lebih dominan dalam perkembangan ekonomi moden terutamanya dalam industri pembuatan serta petroleum dan gas.
Sekitar tapak asas Kuala Terengganu, terdapat empat pusat ekonomi masyarakat setempat sehingga akhir tahun 1960-an iaitu, Pasar Ladang, Pasar Tanjung, Pasar Kedai Payang dan Pasar Kedai Binjai. Pasar Tanjung merupakan pasar yang terbesar dengan menempatkan pelbagai hasil negeri memandangkan kedudukannya yang terletak berhadapan dengan muka kuala Sungai Terengganu berbanding pasar yang lain.
Friday, April 23, 2010
Islam Di Bumi Terengganu Darul Iman
Assalamualaikum kepada semua pembaca Laman Hikmah ini, hamba ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memaparkan berita tentang kebudayaan Terengganu, lebih sebulan rasanya. Namun, disebalik kekangan masa yang hamba hadapi, hamba telah diberi keizinan oleh-Nya untuk menulis info mengenai negeri Terengganu Darul Iman ini.
Sepertimana tajuk info kali ini, hamba akan memaparkan mengenai sejarah kedatangan Islam ke Terengganu dan fakta-fakta mengenainya, untuk renungan kita bersama.
Monday, February 15, 2010
Mengabang, bentuk mukabumi unik Terengganu
Masyarakat Terengganu sudah maklum tentang kewujudan tempat yang bermula dengan 'mengabang' seperti nama Mengabang Telipot, Mengabang Lekor, Mengabang Tengah, Ladang Mengabang dan juga Mengabang Telong. Banyak istilah kampung dan tempat yang bermula dengan istilah ini.
Namun ramaikah antara kita yang mengetahui apa makna mengabang itu? Hamba telah ditanya dengan soalan ini dengan sahabat hamba sehingga menyebabkan hamba tergerak hati untuk bertemu dengan masyarakat asli Terengganu untuk bertanyakan hal berkenaan.
Namun ramaikah antara kita yang mengetahui apa makna mengabang itu? Hamba telah ditanya dengan soalan ini dengan sahabat hamba sehingga menyebabkan hamba tergerak hati untuk bertemu dengan masyarakat asli Terengganu untuk bertanyakan hal berkenaan.
Friday, February 5, 2010
Malam Jumaat di Kuala Terengganu, saksi keruntuhan akhlak
Semalam ada seorang sahabat baru hamba mengajak hamba keluar ke Bandaraya Kuala Terengganu. Setelah selesai solat Isyak dan membuat sedikit kerja, hamba keluar rumah pada pukul 11.30 malam. Setelah itu, hamba menemui sahabat hamba di kedainya di sekitar pinggir Bandaraya Kuala Terengganu.
Kemudian hamba mulai meninjau kemeriahan malam Jumaat di seluruh bandaraya. Dihiasi dengan sekatan jalan raya oleh polis dan JPJ serta dengan pelbagai gelagat mat motor yang melakukan pelbagai aksi. Hamba hanya dapat menggelengkan kepala sambil menyaksikan aksi berani mereka.
Monday, February 1, 2010
Kehilangannya Untuk Selama-lamanya
Tahukah anda mengenai deretan kedai di hadapan Tempat Letak Kereta Pasar Kedai Payang sudahpun diruntuhkan? Begitu cepat sekali semua yang dilakukan sehinggakan tiada sisa sedikitpun dalam masa 1 hari sahaja.
Kehilangan untuk selama-lamanya, deretan kedai yang menyimpan sejarah akhirnya menyembah bumi, ketika berita berkenaan disampaikan kepada salah seorang teman hamba, dengan sedihnya dia berkata dia sudah kehilangan sebahagian dari dirinya, kenangan keluarganya kerana dia masih lagi ingat semasa kecil, disitulah tempat mereka sekeluarga membeli belah untuk hari raya, membeli sepatu, buku sekolah dan juga tikar getah untuk rumah.
Ada beberapa kenalan sebaya merasa hairan, kenapa hamba mengetahui tentang sejarah berkenaan sedangkan hamba sendiri tidak sempat mengalami kenangan yang bersisa sejak 50 tahun yang lampau. Hamba sendiri tidak pernah melihat menara jam di persimpangan Pasar Kedai Payang tetapi hamba diberitahu melalui gambar lama dan cerita-cerita warga asli negeri Terengganu ini.
Celakalah pada mereka yang berniat jahat atas segala yang berlaku, musnahlah salah satu kedai kitab lama yang tertua di Terengganu, Alam Akademik atau lebih dikenali sebagai Kedai Pak Lah Yunnan, seperti mana yang dititipkan kepada hamba dari ayahnda hamba.
Tidak puaskah mereka dengan kemusnahan yang berlaku ke atas Istana Kolam apabila ia dimusnahkan semata-mata untuk memberi laluan kepada pembinaan pangsapuri Kolam sedangkan istana itu menjadi saksi kebangkitan rakyat Terengganu melalui Pemberontakan Tani yang dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Limbong dan 12 Sahabat beliau yang syahid di Padang Kachong, Kuala Telemong? Istana inilah yang menjadi tempat perbicaraan beliau kerana tuduhan memberontak. Nampaknya, masih ada lagi sisa penjajah melekat pada otak anak muda kini.
Tahniah, peristiwa ini seolah-olah membenarkan istilah "Terengganu, Where Government Embarrasses Heritage".
Terengganu yang kita akan kenali 10 tahun akan datang akan berubah sepenuhnya, hilang budaya hidupnya, digantikan dengan replika warisan tiruan yang tidak mempunyai roh.
Thursday, January 14, 2010
Warisan Terbiar - Surau Nurul Iman di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Ditakdirkan Allah SWT, semalam selepas pulang membaiki komputer di sekitar Batu Rakit dan Gong Kemunting, hamba telah singgah untuk solat di sebuah surau kecil dan uzur di hadapan Pasar Kedai Payang iaitu Surau Nurul Iman. Surau berkenaan bewarna hijau dan tersorok di antara deretan kedai yang menempatkan Syarikat KM Mohamed Ali dengan Syarikat Maidin dan Balai Bomba Jalan Kota.
Kesan tangga lama di dinding surau.
Rekabentuk dinding surau yang menyerupai dinding lama Masjid Abidin yang menggunakan mortar tradisional.
Papan tanda surau di dinding sisi di sebelah kiri qiblat.
Mihrab Surau Nurul Iman.Hamba difahamkan oleh ayahanda hamba bahawa surau berkenaan sudah lama wujud, semasa Kg Keling, Kg Putera masih lagi wujud dan surau itu juga menjadi tumpuan penduduk di Jalan Banggol dan Kg Paya Keladi ketika itu. Dan walaupun surau itu kelihatan lusuh dan usang, tetapi jika dinaiktaraf hamba yakin ciri-ciri tradisional akan terserlah. Insya Allah.
Tuesday, January 12, 2010
Sudah Dipastikan, Terhapus Jua Tanah Tok Pelam
Malam ini hamba dikejutkan dengan informasi yang diberikan oleh ayah hamba. Katanya, MB Terengganu akan datang di SK Ladang untuk membincangkan proses pengambilan tanah. Hamba terkedu, terkesima, dan tergamam. Tidak sangka bahawa Tanah Tok Pelam akan diambil alih dengan secepat mungkin.
Hamba tidak dapat memberi pandangan kerana otak hamba terkeliru dengan apa yang berlaku. Rujuklah post hamba yang lepas untuk mengenali Tanah Tok Pelam ini.
Kadangkala, hamba seolah-olah mengiyakan komen yang dihantar oleh pembaca ketika hamba membaca blog-blog yang menggesa supaya deretan kedai di hadapan Tempat Letak Kereta Pasar Kedai Payang diselamatkan. Namun, deretan kedai itu kini telah menyembah bumi. Syabas warga Terengganu, kerana ketidak perihatinan anda, satu lagi warisan Terengganu sebenar lenyap, dan kita akan berbangga dengan warisan palsu, replika yang langsung tiada roh sejarah. Seperti mana kata-kata blog-blog tersebut:
Hamba tidak dapat memberi pandangan kerana otak hamba terkeliru dengan apa yang berlaku. Rujuklah post hamba yang lepas untuk mengenali Tanah Tok Pelam ini.
Kadangkala, hamba seolah-olah mengiyakan komen yang dihantar oleh pembaca ketika hamba membaca blog-blog yang menggesa supaya deretan kedai di hadapan Tempat Letak Kereta Pasar Kedai Payang diselamatkan. Namun, deretan kedai itu kini telah menyembah bumi. Syabas warga Terengganu, kerana ketidak perihatinan anda, satu lagi warisan Terengganu sebenar lenyap, dan kita akan berbangga dengan warisan palsu, replika yang langsung tiada roh sejarah. Seperti mana kata-kata blog-blog tersebut:
Terengganu, Where Government Embarrasses Heritage.
Saturday, January 2, 2010
Pulau Sekati, Terpelihara Di Tengah Pembangunan
Hari ini, hamba menjejakkan kaki hamba ke sebuah tempat yang sudah lama hamba idamkan, Pulau Sekati. Pulau yang terletak setentang dengan Kompleks Muzium Negeri Terengganu seolah-olah memannggil hamba untuk hamba berziarah kepadanya. Dari luar, pulau ini kelihatan biasa sahaja, namun apa yang membuat hamba berkobar-kobar untuk menjelajahinya adalah kerana pulau ini terhindar dari arus pembangunan yang kini rakus meratah warisan negeri Terengganu di kawasan muara Sungai Terengganu.
Menurut cerita, Pulau Sekati mendapat namanya kerana jumlah hadiah yang ditawarkan oleh Sultan Terengganu kepada Raja Chulan iaitu sekati emas untuk menyabung ayam. Perlawanan sabung ayam itu diadakan di Pulau Sekati.
Pulau ini terletak di pertemuan Sungai Terengganu dan Sungai Nerus. Pulau ini mempunyai kemudahan elektrik dan air tetapi tiada jalanraya. Hanya motorsikal sahaja boleh melalui jalan ke pulau ini kerana jambatan untuk ke pulau ini hanya dibuat dengan kayu.
Sebelum itu, hamba bertanya kepada penduduk kampung yang kebetulan berada di hujung jambatan kerana hamba bimbang dengan keadaan jambatan yang uzur itu. Setelah diberi kebenaran, maka hamba dengan perasaan yang bercampur baur bergerak dengan motorsikal hamba ke pulau itu.
Subahanallah...!!! Ma Adzamatillah...!!! Itulah reaksi pertama hamba, melihat pulau ini, seolah-olah kembali ke 100 tahun yang lampau. Mengapa?? Kerana tiada jalanraya dan ada hanyalah denai-denai. Tidak disentuh kemajuan langsung. Maka, hamba terus tercari-cari di manakah masjid Pulau Sekati kerana selama ini, hamba hanya nampak masjid tersebut selama mana hamba melihat pulau tersebut di pinggir sungai Terengganu di hadapan Muzium Negeri Terengganu selama ini.
Dalam perjalanan itu, hamba terserempak dengan beberapa penduduk kampung dan alangkah bahagianya hamba apabila semua mereka tersenyum dan beramah mesra dengan hamba. Ya Allah Ya Tuhanku, peliharakanlah mereka dan rahmatilah mereka. Hamba belum pernah terasa begitu gembira selama berada di kampung orang. Memang terasa sopan santun dan budi bahasa mereka yang tinggi.
Akhirnya, hamba bertemu juga dengan masjid Pulau Sekati. Kecil, uzur tetapi mendamaikan. Betul-betul berada di tebing Sungai Terengganu menghadap Muzium Negeri Terengganu. Indah dan permai. Ingin berada di situ lebih lama tetapi masa tidak mengizinkan. Hamba beredar dari pulau itu dengan perasaan dan jiwa yang bersemangat kembali.
Namun, mungkin kedamaian pulau itu tidak lama kerana pulau itu akan diratah untuk memberi laluan kepada pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Losong ke Bukit Datu. Betul-betul merentas pulau terbabit. Dan, akan hilanglah satu warisan atas nama pembangunan. Semoga pembinaan tersebut tidak memberi impak negatif kepada pulau terbabit memandangkan keperluan penduduk untuk berhubung menjadi alasan pembinaan jambatan terbabit. Dan janganlah rumah penduduk diratah untuk diberi laluan kepada pembinaan hotel seperti mana yang didengar dari khabar angin yang bertiup kencang.
Mudah-mudahan....
Subscribe to:
Posts (Atom)

















