Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Tuesday, August 2, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Sujud (Siri 5/7)


Dianjurkan agar yang pertama menyentuh tanah ketika menghampiri sujud ialah lutut, diikuti dengan telapak tangan dan selepas itu wajah, yakni dahi dan hidung diletakkan di atas tanah dengan mantap.

Ketika sujud pula, lelaki hendaklah merenggangkan kedua sikunya dari pinggang. Demikian juga serupa keadaan bagi kakinya. Wanita pula hendaklah merapatkan kakinya. Lelaki juga hendaklah sujud dengan keadaan perut yang agak terangkat manakala wanita hendaklah merapatkan perutnya dengan kedua pehanya.

Kedua tapak tangan hendaklah diletakkan di tanah, sejajar dengan bahu, dengan merapatkan semua jari, tetapi boleh juga direnggangkan sedikit ibu jari dengan jari yang lain. Jangan meletakkan kedua-dua lengan di atas tanah seperti duduknya anjing. Ini dilarang oleh Rasulullah SAW.

Lutut yang membentuk sudut tegak akan memberi ruang kepada otot-otot perut untuk membina dan menghalang bahagian tengah badan dari melebar. Posisi ini juga akan menambah pengaliran darah ke kepala dan memudahkan toksik di bahagian kepala dibersihkan oleh darah. Kedudukan sujud juga mengambil kedudukan fitrah manusia di dalam rahim. Ini mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambahkan kekuatan sendi. Kedudukan ini juga menghapuskan rasa ego dan takabbur. Kedudukan ini merupakan intipati penyembahan kepada Allah Taala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...