Menjadi lumrah, setiap tahun, Pantai Timur menerima jumlah hujan yang ekstrem sehingga mengakibatkan bencana banjir. Bahkan sudah lali dan lumrah bagi masyarakat Terengganu jika disebut mengenai banjir ini.
Berlindung Di Bawah Jejantas Di Susur Keluar Pulau Duyong
Akibat Angin Terlalu Kencang (Angin Lintang)
Akibat Angin Terlalu Kencang (Angin Lintang)
Akhir bulan ini, Terengganu telah menerima hujan yang luar biasa sehinggakan ada yang melabelkan banjir tahun ini (2009) antara yang terburuk dalam jangka masa lima tahun. Pada mula piang hujan (musim hujan) tahun ini, saya telah mendengar bunyi dentuman yang kedengaran sekali sekala dalam jangka masa 5 minit antara setiap dentuman pada pukul 1.30 pagi. Keesokannya saya telah mengajukan pertanyaan kepada ayahanda tercinta dan beliau memberitahu bahawa itulah tanda-tanda banjir akan melanda Terengganu.
Pandangan Terbatas Akibat Hujan Dan Angin Kencang
Di Jambatan Sultan Mahmud Menghala Ke Batu Enam
Di Jambatan Sultan Mahmud Menghala Ke Batu Enam
Sungguh mengejutkan bila hujan dan angin kencang yang melanda dalam tempoh ini tidak memberi impak besar kepada ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Ramai yang menyuarakan rasa bimbang kerana banyak projek-projek tebusguna tanah sedang rancak dijalankan di muara Sungai Terengganu. Projek penambakan ini telah menyempitkan aliran sungai dan akibatnya, Pasar Kedai Payang yang hampir 10 tahun tidak dilanda banjir telah dinaiki air tahun lepas. Ramai yang menuding jari kepada projek-projek pembangunan tersebut kerana sebelum ini, banyak tempat-tempat yang tidak pernah dilanda banjir kini dinaiki air. Gong Badak antara tempat yang ketara setelah projek pelebaran landasan Lapangan Terbang Sultam Mahmud siap.
Kuala Terengganu, Seolah-Olah Pemandangan Dalam Cerita Seram.
Hujan Dan Angin Kencang Berehat Seketika Pada Waktu Ini Sebelum
Kembali Mengganas
Hujan Dan Angin Kencang Berehat Seketika Pada Waktu Ini Sebelum
Kembali Mengganas
Bahkan, wabak taun yang melanda juga dikaitkan dengan piang hujan ni walaupun sebelum ini, wabak ini tidak pernah ketara dan dianggap serius. Kepada mereka yang beranggapan demikian, ketahuilah bahawa mungkin masyarakat kita telah melakukan kesilapan yang mengundang kepada kemurkaan Allah SWT kepada masyarakat Terengganu. Inilah peluang kita untuk muhasabah diri dan memohon keampunan seterusnya mengubah gaya hidup dan meningkatkan ketakwaan supada diri kita dekat kepada Allah SWT. Realisasikan mercu tanda Allah Peliharakanlah Terengganu yang ditatap oleh masyarakat Terengganu.
No comments:
Post a Comment