Pada hari Jumaat lepas iaitu 20 November 2009, saya dan sahabat telah keluar untuk melepak di tempat kegemaran iaitu Taman Selera Tanjung, Kuala Terengganu. Setelah memesan air minuman dan menunggu makanan siap, kami telah dikejutkan dengan deruan hujan dan angin kencang yang tiba-tiba melanda. Kejadian itu sungguh mengejutkan kami dan pelanggan yang ada di situ sehinggakan mereka bertempiaran lari. Mujurlah dengan belas ihsan pihak peniaga membenarkan kami berlindung di dapur gerai mereka.
Rakaman Amatur Hujan Dan Angin Kencang Di Taman Selera Tanjung
Kamera Ditaja Oleh Khairul Hisyam (N 95)
Kamera Ditaja Oleh Khairul Hisyam (N 95)
Apa yang menghairankan, binaan Taman Selera Tanjung rupanya indah khabar dari rupa. Dengan deruan air meleleh dari tiang utama yang menyokong bumbung sehinggalah bumbung kanvas yang koyak, rupanya binaan ini mempunyai kecacatan yang serius. Kami bertanya kepada peniaga adakah pihak MBKT maklum mengenai masalah ini. Rupa-rupanya mereka telah membuat beberapa aduan malahan pernah dihina oleh pegawai MBKT dengan alasan sekiranya mereka mahu tempat yang selesa, binalah gerai sendiri.
Apa yang diteliti oleh kami adalah, binaan bumbung yang kecil dan pendek tidak dapat membendung tempias hujan. Bahkan peniaga sudah puas membuat aduan tetapi tidak dihiraukan. Maka, peniaga cuma berharap kepada pelanggan supaya mengadu dengan harapan MBKT akan bertindak.
Tengah Basah Kuyup Masih Nak Bergambar
Tetapi Allah SWT itu Maha Berkuasa, sekiranya pihak yang lebih berkuasa menindas mereka yang lebih rendah, Allah SWT lebih berkuasa. Sekiranya MBKT terlepas pandang, maka dapatlah dimaafkan kerana manusia memang tidak terlepas dari kesilapan. MBKT mesti berhati-hati kerana organisasi mereka menjadi kebanggaan masyarakat Terengganu kerana Kuala Terengganu merupakan bandar pertama yang mendapat status bandaraya di Terengganu malahan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Wallahu Alam
1 comment:
taman selera tnjung kat mn ea??
Post a Comment