Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Thursday, January 14, 2010

Warisan Terbiar - Surau Nurul Iman di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Ditakdirkan Allah SWT, semalam selepas pulang membaiki komputer di sekitar Batu Rakit dan Gong Kemunting, hamba telah singgah untuk solat di sebuah surau kecil dan uzur di hadapan Pasar Kedai Payang iaitu Surau Nurul Iman. Surau berkenaan bewarna hijau dan tersorok di antara deretan kedai yang menempatkan Syarikat KM Mohamed Ali dengan Syarikat Maidin dan Balai Bomba Jalan Kota.

Kesan tangga lama di dinding surau.


Rekabentuk dinding surau yang menyerupai dinding lama Masjid Abidin yang menggunakan mortar tradisional.


Papan tanda surau di dinding sisi di sebelah kiri qiblat.


Mihrab Surau Nurul Iman.


Hamba difahamkan oleh ayahanda hamba bahawa surau berkenaan sudah lama wujud, semasa Kg Keling, Kg Putera masih lagi wujud dan surau itu juga menjadi tumpuan penduduk di Jalan Banggol dan Kg Paya Keladi ketika itu. Dan walaupun surau itu kelihatan lusuh dan usang, tetapi jika dinaiktaraf hamba yakin ciri-ciri tradisional akan terserlah. Insya Allah.

Tempat Letak Kereta Pasar Kedai Payang dilihat dari Surau Nurul Iman.


Telaga Surau Nurul Iman.


Pintu masuk Surau Nurul Iman.


Papan kenyataan Surau Nurul Iman.


Tiada tandas, hanya tempat buang air kecil sahaja. Mungkin kerana kekurangan ruang.


Hamba kurang mempunyai maklumat mengenai surau ini dan hamba akan cuba mencari asal usul dan sejarah surau berkenaan. Insya Allah, hamba akan kemaskini maklumat tentang surau ini di masa akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Yang saya dengar zaman dahulu, org kampung sekitar pakat angkut batu sungai buat surau tu. ada orang panggil surau Che Abas sebab dia yang jadi imam, ada juga saya dengar org2 tua panggil surau hj wan embong, wallahuaklam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...