Assalamualaikum kepada semua pembaca Laman Hikmah ini, hamba ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memaparkan berita tentang kebudayaan Terengganu, lebih sebulan rasanya. Namun, disebalik kekangan masa yang hamba hadapi, hamba telah diberi keizinan oleh-Nya untuk menulis info mengenai negeri Terengganu Darul Iman ini.
Sepertimana tajuk info kali ini, hamba akan memaparkan mengenai sejarah kedatangan Islam ke Terengganu dan fakta-fakta mengenainya, untuk renungan kita bersama.
Hampir 95% daripada penduduk negeri Terengganu Darul Iman terdiri daripada Melayu yang beragama Islam. Namun, sejarahwan tidak dapat menentukan tarikh sebenar kedatangan Islam ke negeri ini. Oleh kerana kedudukan Terengganu yang strategik, maka Terengganu menerima Islam dalam gelombang yang sama yang diterima oleh negeri lain seperti Kedah.
Walau bagaimanapun, peninggalan sejarah seperti Batu Bersurat Terengganu yang diukir dengan tulisan jawi tentang hukum Islam menjadi bukti bahawa Terengganu mempunyai sejarah tersendiri yang perlu dibanggakan dan dipelihara.
Transkrip ini telah ditemui pada 1887 di Kuala Berang, Terengganu telah ditarikhkan pada hari Jumaat, 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303M. Ini membuktikan bahawa masyarakat Islam bahkan mungkin pentadbiran Islam telah wujud sebelum abad ke-14M lagi disamping membuktikan bahawa masyarakat Terengganu Darul Iman telah melaksanakan syariat Islam.
Bukti bersejarah ini juga membuktikan Terengganu Darul Iman merupakan negeri pertama yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Hindu-Buddha dengan penyerapan kalimah Arab dan penyingkiran perkataan Sanskrit. Ini bermakna Terengganu telah berjaya membentuk taraf bahasa baru yang bebas dari pengaruh Sanskrit. Bahkan transkrip Islam-Jawi pertama yang ditemui di Nusantara adalah Batu Bersurat Terengganu walaupun sudah terdapat transkirp Islam yang lebih tua. Transkrip Islam seperti Batu Bersurat Minye Tujuh di Samudera-Pasai yang menerima Islam lebih awal dari (682H, 1282M) Terengganu tetapi masih menggunakan tulisan Sanskrit dan walaupun kandungannya berunsurkan Islam.
Perlu diingat bahawa tarikh Batu Bersurat Terengganu tidak dapat dijadikan tarikh penerimaan Islam di kalangan masyarakatnya. Ini kerana, Batu Bersurat Terengganu tidak mencatatkan perkara berkaitan asas keimanan dan aqidah seperti Rukun Islam dan Rukun Iman tetapi sudah tercatat perlaksanaan hukum syariat Islam yang termaktub dalam Hudud, Qisas dan Takzir. Batu Bersurat Terengganu sudah mencatatkan undang-undang bagi kesalahan mencuri, berzina dan hutang-piutang.
Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang menampilkan tulisan Jawi menjadi asas tradisi intelektual yang bersifat keislaman di Nusantara hingga ke hari ini. Ini juga menunjukkan Terengganu yang diperintah oleh Raja Mandalika yang tertulis pada Batu Bersurat Terengganu merupakan sebuah kerajaan yang penting dan maju pada zaman tradisi.
Pengislaman masyarakat Terengganu Darul Iman mestilah lebih awal dari tarikh Batu Bersurat kerana perlulah ada ruang masa bagi masyarakat memahami asas aqidah Islam dan penyesuaian huruf Arab-Parsi kepada pembangunan tulisan Jawi.
Wallahu Alam...

No comments:
Post a Comment