Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Tuesday, June 28, 2011

Kisah Bumi Dan Langit


Adapun sebab terjadinya peristiwa Isra dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah Taala telah menghiaskan aku dengan berbagai negara, beberapa laut, sungai-sungai dan gunung-ganang serta lain-lainnya".


Berkata langit pula, "Hai bumi, aku juga lebih elok darimu kerana matahari, bulan, bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku".

Berkata bumi, "Hai langit, tempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan sekalian orang-orang yang beriman".

Berkata langit pula, "Hai bumi, di tempatku juga ada Baitul Makmur untuk bertawaf para malaikat yang menghuni langit dan ada syurga tempat arwah para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin".

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan penutup para nabi dan kekasih Allah Taala seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya di tempatku.

Langit terdiam, dan dia menghadap Allah Taala dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila dia berdoa kepada-Mu. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku memohon kepada-Mu supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku sehingga aku merasa mulia dengan kebagusannya dan berbangga".

Lalu Allah Taala mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah Taala memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail AS) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini".

Jibrail AS bertanya "Ya Allah, apakah kiamat sudah sampai?". Allah Taala berfirman, maksudnya "Tidak wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu".

Kemudian Jibrail AS pun pergi dan dia melihat 40, 000 buraq sedang bersenang lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40, 000 buraq itu, Jibrail AS terpandang seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air mata. Jibrail AS kemudiannya menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?". Berkata buraq "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad semenjak 40 tahun yang lalu, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar api kerinduan.

Berkata Jibrail AS, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu". Kemudian Jibrail AS memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah SAW dalam perjalanan Isra' Mikraj.

Wallahu Alam.

3 comments:

Anonymous said...

isra mikraj esok....nice entry

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Same2 kita mengingatinya...

PenDekAr LauT said...

Nice entry.. Terima kasih atas peringatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...