Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Thursday, June 16, 2011

Mencipta Identiti Terengganu, Mendefinisikan Negeri Seringkasnya

Setiap bahagian negeri, wilayah mahupun daerah malahan sehingga kepada kampung-kampung mempunyai tatacara susunan sosial dan ekonomi yang tersendiri. Bahkan, ada diantara kawasan-kawasan ini mempunyai perbezaan yang ketara. Di dalam konteks negeri Terengganu, setiap daerah mempunyai identiti tersendiri yang mana menyebabkan keperluan penjelmaan identiti umum bagi negeri Terengganu secara keseluruhannya.


Mencipta satu identiti bagi sesebuah negeri bukanlah mudah, terutamanya bagi negeri yang unik seperti Terengganu. Banyak elemen yang perlu diperhatikan untuk mencipta satu simbok identiti yang mendapat perhatian dan sokongan seluruh pelusuk masyarakat. Dan dalam lingkup perbincangan kini adalah mencipta logo yang menjelmakan negeri Terengganu dan meringkaskan keunikan dan keseluruhan masyarakat dalam satu simbol yang ringkas tetapi berkesan dalam usaha penyatuan dan pembinaan jati diri masyarakat Terengganu.

Identiti yang terutama bagi sesebuah negeri adalah bendera dan jata. Bagi masyarakat Terengganu, malahan mana-mana masyarakat di dunia ini, bendera dan jata adalah perkara yang berkesan bagi menjelmakan identiti negeri memandangkan kedua-duanya adalah penjelmaan kepada kedaulatan dan semangat kebangsaan bagi sesebuah wilayah.


Jata negeri Terengganu telah dijelmakan oleh organisasi tertentu dalam membina identiti mereka yang berdasarkan identiti negeri. Dan ini telah dilihat memberikan kesan kepada pembentukan suasana yang menggalakan peyatuan masyarakat. Antaranya:



Mendefinisikan idenditi Terengganu juga dilakukan dengan menerapkan unsur bendera negeri Terengganu pada penjelmaan produk Terengganu. Antara contoh terbaik adalah:

Pendedahan identiti negeri pada logo dan juga rekaan di atas menunjukkan dengan jelas pengetengahan identiti melalui adaptasi bendera negeri. Tidak terhad kepada bendera, pendefinisian identiti berlaku melalui ejaan, malahan peralatan tradisional yang hanya didapati di negeri ini.




Identiti Terengganu yang mempunyai impak yang besar merupakan logo Melawat Terengganu 1997, dan logo ini menjadi satu pilihan dan menambat hati pelbagai pelusuk rakyat Terengganu. Tidak kurang juga logo yang dicipta dari sudut luar masyarakat atau dari sudut perkara kecil dalam masyarakat Terengganu yang gagal menjadi identiti walaupun mendapat tumpuan media dan promosi, tetapi tidak perlulah diketengahkan memandangkan penulisan ini bukanlah bertujuan untuk mengkritik situasi berkenaan.


Akhir kata, bagi mereka yang ingin membina identiti negeri Terengganu, perlulah menilai dari segala sudut supaya penyampaian mesej mereka berkesan dan menjadi alat penyatuan masyarakat secara tidak langsung. 

Wallahu alam



2 comments:

AWANG said...

Satu penulisan yang bernas. Setuju logo pelancongan tahun 1997 Tahun Melawat Terengganu 1997 yang pada waktu itu diterajui oleh Exco Pelancongan Datuk Aziz @ Ibrahim (Cikgu Ibrahim Dun Sura) telah digunakan pakai sehingga kini. Perhatikan T-Shirt dan sticker pada kereta, banyak menggunakan logo penyu TMT 97. Apa-apa pun JUPE MUNG DI NUNG (FIND YOURSELF IN TERENGGANU).

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Terima kasih AWANG, sememangnya logo TMT 97 mempunyai 'roh' dan kekuatan tersendiri dalam menjelmakan identiti Terengganu secara menyeluruh. Keranan itulah logo itu digunakan dalam perlambangan simbol 'anok Ganu'. Bereh Boh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...