Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Friday, February 5, 2010

Malam Jumaat di Kuala Terengganu, saksi keruntuhan akhlak

Semalam ada seorang sahabat baru hamba mengajak hamba keluar ke Bandaraya Kuala Terengganu. Setelah selesai solat Isyak dan membuat sedikit kerja, hamba keluar rumah pada pukul 11.30 malam. Setelah itu, hamba menemui sahabat hamba di kedainya di sekitar pinggir Bandaraya Kuala Terengganu.

Kemudian hamba mulai meninjau kemeriahan malam Jumaat di seluruh bandaraya. Dihiasi dengan sekatan jalan raya oleh polis dan JPJ serta dengan pelbagai gelagat mat motor yang melakukan pelbagai aksi. Hamba hanya dapat menggelengkan kepala sambil menyaksikan aksi berani mereka.



Kemudian, hamba keluar dari kawasan pusat bandaraya pada pukul 2 pagi menuju ke Kg Beladau Selat, hamba kemudiannya berborak dengan salah seorang kenalan hamba di rumahnya di kampung berkenaan. Kedengaran bunyi bingit motosikal di sekitar pinggir bandaraya yang jelas kelihatan walaupun hamba berkedudukan 9 km dari tempat lumba haram berkenaan.


Genap pukul 3.30 pagi, hamba keluar dan kemudiannya menuju ke Dataran Syahbandar, sambil dipenuhi oleh mat-mat motor yang membawa anak gadis merata-rata tanpa segan silu. Hamba kemudiannya kembali menemui sahabat hamba yang mula-mula hamba temui semasa hamba mula-mula keluar.

Kemudian jelaslah kelihatan bagaimana pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, dimana mat-mat motor membawa anak gadis dengan pakaian yang begitu mengghairahkan. Mereka berpelukan dan berpeleseran tanpa rasa malu, melanggar batas akhlak yang dibina oleh keturunan mereka, bahkan ada yang memberitahu hamba mereka akan dibawa pulang untuk diratah.



Bahkan golongan transeksual juga wujud di kalangan mat-mat motor ini, berpeleseran dan berpelukan serta melakukan aktiviti yang tidak sopan dan memalukan di tempat awam. Hamba sendiri merasa hairan bagaimana sahabat hamba melihatnya tanpa rasa malu, seolah-olah mereka sudah terbiasa.

Keadaan berlanjutan sehingga azan subuh berkumandang dalam sekitar pukul 6 pagi, dan hamba mulai menyusur ke rumah untuk menunaikan solat subuh dengan perasaan bercelaru, benci dan meluat. Namun, ada suatu fakta yang meruntuhkan kebencian hamba kepada mat-mat motor ini. Rupa-rupanya sahabat hamba ini merupakan salah seorang mat motor yang dikenali dan disegani dikalangan mat motor yang lain. Sahabat hamba ini juga mempunyai kumpulannya sendiri yang diketuainya. Kehairanan hamba terjawab akhirnya kerana semasa hamba keluar dengannya, mat-mat motor ramai menegurnya dan berbicara dengannya termasuklah wanita-wanita yang menemani mat motor berkenaan.

Hamba merasa hairan dan pelik kerana ramai yang menjadi sahabatnya namun dia masih ingin meluangkan masa dengan hamba walaupun hamba ini bukanlah mat motor sepertinya. Rupa-rupanya dia mempunyai niat untuk mendalami ilmu agama khususnya tasawuf dan dia bersahabat dengan hamba kerana dia percaya hamba mempunyai pengetahuan mengenai cara-cara menuntut ilmu dan dia percaya hamba mengetahui tempat madrasah dan pondok-pondok untuk pengajiannya.

Hamba menjadi terharu, dan kebencian hamba kepada semua mat motor relai sama sekali. Dan hamba menaruh kepercayaan bahawa sekiranya belia-belia ini diberi jalan, mereka boleh berubah. Perasaan hamba tersentuh apabila sahabat hamba ikhlas meluahkan rasa menyesalnya terhadap cara hidupnya yang bercelaru. Dan hamba akan terus menolongnya sekiranya dia memerlukan pertolongan.

Walau bagaimanapun, malam jumaat yang sepatutnya dihiasi dengan amalan ibadah kepada Allah SWT dicemari oleh mereka. Adakah ini bala yang melanda bangsa dan agama kita? Dan Kuala Terengganu menjadi saksi keruntuhan akhlak warganya.

Wallahu Alam....

'Bencilah pada maksiat walaupun kamu sendiri yang melakukannya' - Ahli Tasawuf Urdu.

7 comments:

Mohd Filani Bin Mohd Fauzi said...

woooo.. siot mamat2 nie. ade plak x semayang suboh. kalu nak merempit pon, solat la dlu. x la sia2 mati.

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

tu la pasal fil, sabo je la, nak wat camne kan, nak nasihat nanti makan kasut saiz 8....

!♥!QiSt!♥!! said...

fuyooo..gmbr hebt..mn dpt..naim join ea..
hak3

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

ish3!!~~ xder maknanya nk join, menghabiskan tenaga dan masa dengan sia2 jer.... ha3!!~~

zalizalu said...

saya pon ada kawan2 mat rempit.. dan sebenarnya mereka ni baik.. cumanya tiada bimbingan yang betul...bagus laa tuan hamba ni :)
semoga usaha tuan hamba dimudahkan Allah

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

insya allah, memang naluri manusia, tetap ada menurut ke arah kebaikan...

Unknown said...

ni mlm ke siang...
guane nmpk cerah je gmbr ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...