Untuk mereka yang banyak mengingati Allah Taala, Allah menyediakan ganjaran dari pengampunan:
Di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW berzikir kepada Allah di setiap masa. Dari hadis ini dapatlah kita membuat kesimpulan yang pengertian zikir adalah luas dan tidak hanya terbatas kepada amalan atau perkataan yang tertentu sahaja. Said Ibn Jubair pernah berkata "Setiap orang yang beramal kerana Allah Taala demi mentaati perintah Allah, maka ia disebut zikir kepada Allah". Dari itu, apa-apa jua perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah serta menguatkan azam kita untuk berjuang di jalan-Nya dapat kita namakan Zikrullah.
Diriwayatkan dari Bukhari bahawa para sahabat menggali parit untuk perperangan Al-Ahzab di dalam keadaan kelaparan menahan lapar. Rasulullah SAW kemudiannya bernasyid dalam bentuk doa, demi mengobarkan semangat para sahabat: "Ya Allah, sesungguhnya kehidupan itu hanyalah kehidupan di akhirat, maka ampunilah kaum Ansar dan kaum Muhajirin.". Lalu disambut oleh para sahabat: "Sesungguhnya kami adalah umat yang telah berbai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selagi kami masih hidup.". Begitulah sumbangan nasyid tersebut, mengobarkan semangat para sahabat sehinggakan mereka berjaya menghabiskan kerja menggali parit walaupun tidak makan selama tiga hari. Dan seterusnya Allah Taala memberi mereka kemenangan. Firman Allah Taala:
Begitu juga dengan pendukung Ikhwan Muslimin ketika diseksa oleh rejim Jamal Nasser, sebahagian daripada mereka terus berzikir ketika mereka dicambuk. Sehingga mereka tiada suara lagi, tanda Allah Taala telah mengurniakan pahala syuhada kepada mereka. Sebahagian lagi mengatakan mereka bernasyid sehingga tidak merasai sakit seksaan yang dikenakan terhadap mereka.
Demikianlah peranan nasyid yang sebenarnya merupakan salah satu cabang Zikrullah, dapat mengobar semangat untuk berjuang. Kerana itulah lirik-lirik nasyid merupakan penjelmaan bahawa tiada kompromi antara Islam dan taghut bersesuaian dengan firman Allah Taala:
[ Dipetik dari : Risalah Seruan Mujahid,
Malaysian Islamic Study Group - Stillwater ]
No comments:
Post a Comment