Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Thursday, January 6, 2011

Apabila Hati Bertelanjang, Jasad Turut Bertelanjang

Assalamualaikum, sudah lama kiranya saya tidak menulis mengenai apa-apa. Namun, kini saya ingin berkongsi mengenai satu blog yang dikongsi dari seorang sahabat yang mahukan perkara ini diambil perhatian.

Dalam perkembangan teknologi dunia, semakin lama, manusia semakin tergelincir dari landasan fitrah yang telah menjadi sempadan moral manusia. Apabila hati kita semakin bertelanjang dari pakaian malu, maka jasad dan tingkah laku kita turut bertelanjang. Maka, ingin saya kongsikan bersama dua perkara memalukan yang ditemui di dalam internet.





Mereka bukan sahaja memusnahkan diri mereka, bahkan akan memusnahkan orang sekitarnya. Apa perasaan kita sekiranya ada di kalangan saudara kita yang secara tidak sengaja telah membuka laman web ini. Memalukan dan tambah memalukan kerana mereka di kalangan kita, Melayu dan Islam. Apa yang tambah memalukan, mereka memaparkan bahagian yang menjadi haram dipertontonkan. Juga, lebih memalukan, disertai dengan rakaman video yang diibaratkan sebagai perbuatan keldai dalam beberapa hadis Rasulullah SAW. Adalah diharapkan agar tindakan diambil kepada mereka supaya ini tidak memudaratkan generasi kita dan melaksanakan tanggungjawab penting yang menjadikan kita sebagai 'Khaira Ummah' ( خير امة ) iaitu "Amar Maaruf, Nahi Munkar" ( أمر بمعروف أو نهي عن منكر ).

Akhir kata, jagalah hati anda dengan hijab malu, nescaya anda akan menemui ketenangan abadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...