Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Tuesday, May 10, 2011

Jalan Sehala Sultan Zainal Abidin, Kemudahan Atau Kesulitan?

Pada 9 Mei 2011, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah melaksanakan sistem jalan sehala dari persimpangan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZAL) hingga ke persimpangan Balai Bomba Jalan Kota. Sistem berkenaan telah diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Namun, beberapa pendapat telah mengutarakan bahawa sistem ini adalah satu lagi kegagalan dalam perancangan bandar.

Sistem Jalanraya Baru
(Dari Facebook Majlis Bandaraya Kuala Terengganu)

Pendapat-pendapat berkenaan telah mengetengahkan beberapa situasi yang menyebabkan sistem berkenaan menjadi gagal sepenuhnya. Salah satu diantaranya:

Kesesakan Sekitar Bulatan Batu Bersurat

Bagi pengguna jalanraya sekitar pesisir pantai ke arah Selatan Kuala Terengganu,  sistem ini dijangka akan menambahkan kesesakan lalulintas di Bulatan Batu Bersurat dimana pengguna dari sekitar Tanjung, Jalan Air Jernih dan Jalan Pejabat akan tertumpu ke Bulatan Batu Bersurat.

Ada pengguna menyuarakan kesukaran apabila terpaksa berpusing dalam jarak yang jauh semata-mata untuk ke beberapa kawasan sekitar jalan sehala ini. Jalan Sultan Sulaiman pula, mulai menerima aliran trafik yang mendadak kerana jalan berkenaan sahaja merupakan jalan pelengkap kepada pusingan jalan sehala ini.

Bagaimanapun, terserah kepada pihak perancang bandaraya kerana mereka lebih arif dalam hal ini. Mungkin sistem ini lebih berkesan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Wallahu Alam.

1 comment:

Unknown said...

org ramai doh bising psl myusohkan penduduk n peniaga sekitar..hrp pihak yg btanggungjwb ambik perhatian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...