Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Monday, May 9, 2011

Pakaian Syuhrah

Kebanyakan wanita muslim yang menutup aurat pada masa kini telah menyesuaikan diri antara keperluan dan kewajiban menutup aurat dengan fesyen terkini, yang mana menghasilkan perbagai jenis dan rekabentuk hijab, pakaian, niqab dan jubah serta pelbagai gabungan pakaian yang mana telah menjadi ikutan masyarakat.


Namun wanita-wanita kini lupa mengenai peringatan rasul kita yang mulia, Rasulullah SAW mengenai pakaian syuhrah.


Syuhrah dimaksudkan dengan pakaian yang menarik perhatian, iaitu pakaian yang mempunyai perbezaan ketara antara masyarakat. Perbezaan ini dinilai sama ada dari segi warna, fesyen, atau potongan yang mana mengakibatkan si pemakai menarik perhatian masyarakat dan pakaian berkenaan menimbulkan rasa bongkak pada si pemakai.

Larangan mengenai pakaian syuhrah ini dilafazkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda iaitu:
Pakaian syuhrah juga boleh menjurus kepada maksiat dan perbuatan munkar kerana pakaian berkenaan menarik pandangan orang lain terhadap pemakai dan menyalahi sebab dan hikmah asal menutup aurat ke atas wanita walaupun wanita yang berpakaian syuhrah itu menutup had-had aurat. Pakaian syuhrah mengakibatkan pemakai merasa megah, bongkak dan bangga apabila memakainya.

Pakaian syuhrah kadangkala menjurus ke arah tabarruj kerana konsep tabarruj pada masa kini bermaksud menarik perhatian lelaki ajnabi terhadap pemakai.

Maka, semua ciri-ciri pakaian yang menutup aurat juga perlu diperhatikan supaya tidak mempunyai ciri-ciri pakaian syuhrah agar dapat menjauhkan diri mereka daripada fitnah manusia atau jin.

Wallahu Alam.



(Dirujuk dari buku Adab Pergaulan Antara Lelaki & Wanita karangan Hamidah Mat, Sarjana Fiqh & Usul UM)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...