Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Wednesday, May 11, 2011

Pencemaran Udara Bukit Bauk - Kemasik, Fakta Atau Mitos?

Umum mengetahui kawasan antara Paka, Dungun hingga ke Chukai, Kemaman adalah kawasan pembangunan industri petroleum di Terengganu. Merentang di antara Paka ke Kerteh merupakan kawasan Industri Petroleum Petronas dengan pusat pembangunan industri petroleum dan tenaga Malaysia tertumpu di kawasan berkenaan.

Kompleks Industri Petroleum Petronas Paka - Kerteh


Dengan Loji Janakuasa Elektrik Terma Sultan Ismail yang menjana antara 900 hingga 1200 megawatt, loji ini merupakan penjana elektrik tertinggi di Malaysia dan dianggap nadi ekonomi negara. Kawasan Paka - Kerteh ini menjadi kawasan utama yang penting dalam menjana dan memaksimumkan penggunaan sumber alam yang diamanahkan kepada kita sebagai rakyat.

Namun, pembangunan ini membawa bersama satu cakap-cakap bahawa kawasan sekitar dari Bukit Bauk hingga Kemasik ini kurang selamat untuk didiami memandangkan pencemaran udara yang berpunca dari kawasan industri Paka ini. Oleh itu, marilah bersama kita perhatikan fakta-fakta mengenai industri petroleum yang membincangkan mengenai isu ini.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, proses penapisan petroleum membebaskan sejumlah zat kimia ke dalam udara dan disertai dengan bauan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, terdapat kebimbangan mengenai populasi penduduk yang tinggal berdekatan kawasan berkenaan. Langkah pencegah telah diamalkan di Amerika Syarikat dengan pelbagai undang-undang dilaksanakan termasuklah jarak antara penduduk dan industri.

Pencemaran dari sulfur dioksida hasil penapisan petroleum boleh mengakibatkan penyakit lelah, radang dan kesukaran bernafas. Namun kandungan petroleum Malaysia yang rendah dengan sulfur telah meminimumkan risiko berkenaan dan menjadikan industri ini lebih mesra dengan alam sekitar.


Peratusan suflur yang rendah bermakna kurang pencemaran dan kurang kesan kepada alam sekitar, malah menjimatkan tenaga kerana proses penyulingan menggunakan kurang tenaga dan menghasilkan produk akhir yang banyak.

Berikut merupakan ulasan daripada Bank Rizab Australia pada Ogos 2007 mengenai petroleum Malaysia pada salah satu pelantar minyak luar pesisir Terengganu.


Dan berikut merupakan maklumat tambahan mengenai istilah "sweeter and lighter" yang dipaparkan.


Lokasi pelantar minyak Tapis

Menurut pendapat di atas, petroleum Malaysia mempunyai harga yang tinggi  memandangkan kurang proses pengeluaran diperlukan, dan bermakna kurang hasil buangan.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pusat penapisan petroleum masa kini lebih selamat dan kurang pencemaran berbanding 50 tahun yang lepas dan menyatakan bahawa populasi penduduk di sekitar pusat penapisan petroleum adalah selamat dan tidak terdedah kepada bahaya.

Oleh itu tidak timbul soal pencemaran bahaya pencemaran di kawasan yang digembar-gemburkan itu, memandangkan segala persoalan yang membawa kepada isu ini mempunyai rasionalnya tersendiri.



Wallahu Alam

1 comment:

Anonymous said...

info yang sangat berguna....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...