Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Thursday, July 7, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Qiyam (Siri 2/7)


Setelah Niat dan Takbiratul Ihram, maka posisi yang dilakukan dalam solat adalah Qiyam. Ucapan dan lafaz pada posisi ini adalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah-surah lazim yang lain.

Kaki yang dijarakkan sama rata semasa Qiyam melegakan bahagian belakang badan dari berat yang dipikul. Minda dibawa kepada pengawalan secara intelek melalui penghayatan kepada lafaz-lafaz yang dibaca. Penumpuan tersebut menenangkan hati serta belakang dan merangsang perasaan rendah diri, kesederhanaan dan kesolehan.

Dalam lafaz Bahasa Arab, Surah Al-Fatihah, kesemua bunyi menggerakkan pengagihan nama-nama Allah yang 99, dan mengawal badan, minda dan roh. Gegaran bunyi pada a, i dan u, merangsang jantung, kelenjar tiroid, pineal, pituitari, paru-paru dan adrenal serta membersihkan organ dan menyegarkannya.

Wallahu Alam.

3 comments:

slumberdek said...

wujudnya blog macam ni memudahkan lagi untuk capaian dan hebahan ilmu.

SYAF said...

bagus..teruskan usaha anda....dengan maklumat2 macam nie...

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

terima kasih saudara sekalian. hanya berkongsi ilmu dan maklumat yang didapati. sekiranya ada kesilapan atau kesalahan silalah beri pandangan dan pembetulan. Jazakallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...