Dari sudut bahasa, banyak istilah dikongsi bersama walaupun cara sebutan yang agak berlainan. Bahkan, dari sudut budaya dan makanan tradisional, dua negeri ini tetap berkongsi. Dari sudut pembinaan tradisional dan pembuatan kayu, kedua-dua negeri ini mempunyai persamaan walaupun terdapat sedikit perbezaan yang tidak ketara.
Maka, bolehlah dianggap bahawa kedua-dua negeri ini seolah-olah adik beradik kembar, sama tetapi tidak serupa. Walaupun penduduk Kelantan dianggap lebih konservatif daripada Terengganu, itu bukanlah menjadi satu tajuk utama dalam memisahkan pemahaman antara dua negeri terbabit.
Pelbagai isu sama ada dari politik, sosial dan budaya juga dikongsi bersama. Tidaklah perlu diterangkan isu-isu tersebut kerana hamba tidak mahu menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.
Akhir kata, kepada warga kedua-dua negeri ini, hamba menyeru agar marilah sama-sama kita bersatu. Kadangkala, terdapat juga isu yang menyebabkan kedua-dua negeri ini berselisih faham, tetapi lupakan persengketaan dan ingatlah tentang persamaan yang dikongsi bersama.
1 comment:
ambe ore kelate menyokong penuh apa yang encik blogger tulis. rasanya budaya orang Terengganu dan Kelantan banyak persamaan dari budaya orang negeri lain..harap orang Terengganu dan Kelantan boleh bersatu selamanya
Post a Comment