Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi Muhammad dan juga rahmat serta berkat-Nya, Salam sejahtera kepada kami dan sekalian hamba Allah yang soleh

Kempen Sosial A3manulna3m

Kempen Sosial A3manulna3m

Tuesday, July 5, 2011

Hikmah Ibadat Solat - Niat Dan Takbiratul Ihram (Siri 1/7)


Perkataan Solat dalam Bahasa Arab membawa erti doa, permohonan untuk pengampunan serta belas kasihan. Amalan ini merupakan amalan khusus, unik dan tiang utama bagi umat Islam. Solat merupakan satu jalan dalam menuju ke arah menghampiri Tuhan. Solat juga merupakan perjanjian bagi penjagaan hamba, satu hubungan rahsia diantara hamba dan Pencipta.


Solat adalah satu amalan yang mempunyai latihan luar dan dalaman. Solat fardhu dilakukan 5 kali sehari mengikut waktu yang ditetapkan berdasarkan perjalanan matahari dan bintang-bintang serta jasad-jasad samawi. Dengan mengikuti waktu solat yang telah ditetapkan, maka tubuh badan kita seirama dengan perubahan jasad samawi, musim dan menjadi harmoni dengan putaran semulajadi alam ini yang mana termaktub sebagai fitrah kehidupan.

Apabila sudah mengambil wudhuk, seseorang haruslah menuju ke tempat solat dengan perasaan rendah diri, menundukkan pandangan, berdiri betul (tegak dan lurus), dalam keadaan tenang, menghadap qiblat, kaki direnggangkan sekadar sejengkal dan tidak merapatkannya.

Kepala pula, boleh diangkat sekadar sahaja. Sekiranya bersolat di atas sejadah, maka, gunakan sejadah sebagai tanda aras pandangan mata, jika tidak memadai dengan menanda di dalam hati lantai atau dinding kerana mata yang liar akan menyebabkan melayangnya fikiran di dalam solat.

Kemudian, bacalah Surah An-Nas untuk membentengi diri dari gangguan syaitan. Hadirkan diri di dalam hati dengan niat untuk bersolat. Lafaz niat hendaklah diucapkan namun ianya tidak wajib melainkan sebagai ihtiyadh (berjaga-jaga) agar niat yang wajib dapat dihadirkan di dalam hati.

Kaki yang dijarakkan sama rata melegakan badan daripada berat yang dipikul. Belakang lurus membaik pulih postur (gaya) tubuh. Minda dibawa ke arah pengawalan intelek. Penglihatan diasah dengan penumpuan ke arah tempat sujud, dimana kepala ditundukkan sedikit. Otot bahagian belakang berada di dalam keadaan tenang.

Wallahu Alam.

1 comment:

nilloma said...

knapa bab2 agama takde org nak comments..???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...